Pendidikan Khas


MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang berguna dan memberi sumbangan kepada Negara.


VISI PENDIDIKAN KHAS
Perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Khas.
  

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
  • Menyediakan kemudahan dan peluang pendidikan kepada murid.
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai kepada setiap murid.
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat setiap murid.
  • Menyediakan bahan pembelajaran yang terkini.
  • Memastikan tenaga pengajar mencukup dan terlatih dalam bidang ini.


 MATLAMAT
Kurikulum PPKI bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.


OBJEKTIF
Kurikulum PPKI membolehkan murid :
  • Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
  •  Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian.
  •  Mempunyai kemahiran dan ketrampilan ke arah kehidupan bekerjaya.
  • Menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna.
  • Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi, dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk.
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
  • Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  • Bersedia mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

  
 RASIONAL
  • Memberi pendedahan kepada murid PPKI mengaplikasikan P&P dalam kehidupan seharian mereka.
  • Mendidik murid dengan nilai-nilai murni dan sikap positif dalam menjalin hubungan sosial dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
  • Mempertingkatkan perkembangan sosial murid selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di persekitaran murid.
  • Murid belajar mematuhi peraturan dan disiplin.
  • Melahirkan sifat kepimpinan serta membentuk keyakinan diri murid
  • Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, dan berketampilan serta bersikap positif dari aspek emosi dan sosial dalam kehidupan.