Sejarah

           Sekolah Kebangsaan Pasir Besar (SKPB) mula dibuka pada 9 Januari 1966 di Rancangan Felda Pasir Besar. Warga sekolah ketika itu terdiri daripada 2 orang guru dan 77 orang murid sahaja. Sehingga kini SKPB pernah dipimpin oleh 12 orang guru besar. Jumlah guru terkini yang mengajar di SKPB adalah seramai 43 orang dan jumlah murid melebihi 530 orang. Guru Besar terkini di SKPB ialah En. Ibrahim b. Josam.
  
          Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dimulakan pada Januari tahun 2001 ini bermula dengan 7 orang murid. Murid-murid PPKI ini terdiri daripada kalangan anak-anak di kawasan Felda Pasir Besar dan kawasan-kawasan disekitarnya. Kelas ini telah mula dibuka oleh Pn. Nyaros bt. Othman selaku Penyelaras Program. Beliau mendapat Kelulusan Ikhtisas dari Maktab Perguruan Ilmu Khas pengkhususan dalam Pengajian Bahasa Melayu ( Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ). Beliau berpengalaman mengajar di salah sebuah Sekolah Pendidikan Khas di Johor Bharu, Johor. Kelas ini diwujudkan bagi  memberi pendidikan dan bantuan kepada murid-murid yang berkeperluan khas. 
           
          Sehingga kini ( 2011 ), terdapat 5 orang guru yang mengajar di kelas PPKI manakala bilangan murid adalah seramai  23 orang. Terdapat pelbagai kategori murid yang terdapat di kelas ini iaitu 
  • sindromdown
  • disleksia
  • keterencatan akal (MR)
  • hyperaktif (ADHD)
  • ceberal palsy
  • slow learner 

          Tenaga pengajar kelas PPKI terdiri daripada
  • Pn. Nyaros bt. Othman (Penyelaras - PPLD DGA32) 
  • Pn. Norsham bt. Hasan (PPPS DG41)
  • En. Mohd Feroz Sham bin Rambli (PPPS DG41)
  • En. Mustaza bin Muswar (PPPS DG41)
  • En. Mohd Shazuwan bin Che Lah (KPLI-KDC)
          
          Selain daripada itu kelas ini turut dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu
  • Pn. Norsafuraa Bt. Ahmad Nasir
  • Pn. Hidayu bt. Mohamed
  • Cik Nora Sara bt. Manap